Sunday 10 April 2011

Aura @ Magnet Diri

1. Hampir SEMUA Rasul yang diceritakan didalam AlQuran berwajah tampan, susuk fizikal yang baik dan mempunyai karektor tersendiri. Nabi Yusof AS sangat tampan wajahnya, Nabi Daud sangat lunak suaranya, Nabi Musa sangat berperinsip dan tegas orangnya, Nabi Isa AS, si jejaka yang santun, manakala Nabi Muhammad SAW wajahnya bagai cahaya bulan dan 'perfect' peribadinya. Dikurnia pula dengan MUKJIZAT tertentu untuk menambahkan magnet atau aura diri para Rasul.


Manakala ada yang meriwayatkan bahawa Lukman Hakim yang hebat itu seorang yang hitam dan kerinting rambutnya. Saya secara peribadi masih musykil dengan riwayat ini.


2. Begitu juga banyak buku sirah yang menceritakan rupa wajah menarik, bentuk badan yang berpadanan , gaya percakapan serta karektor tertentu yang ada pada sahabat Nabi SAW, tabiee, tabik tabiee, dan para ULAMAK besar serta PEMIMPIN besar yang terkemudian. Jarang benar membaca sirah ULAMAK dan PEMERINTAH YANG HEBAT itu bertubuh gemuk ( boroi), kerdil orangnya , wajah hodoh, tempang, dan aib yang lain. Sebagai contoh, dengan hanya melihat foto alBanna sahaja, terserlah kehebatan dirinya. Barak Obama, tidak segelap negro lain dan memiliki suara lantang, tingi lampai serta hebat pidatonya, begitu juga beberapa pemimpin politik di negara kita sejak dahulu hingga sekarang, baik pemerintah dan pembangkang yang mempunyai karisma / aura yang tersendiri.


3. Memiliki wajah menarik bukan bermakna mesti tampan, kerana ada orang berkulit hitam, hidung tidak mancung atau mata sepet tetapi wajahnya masih 'good looking', 'digeruni' atau 'dihormati'. Namun kehebatan dirinya itu pada kebiasaan hanyalah sekitar masyarakatnya sahaja.


4. Orang yang berbadan gemuk, sebenarnya dengan sengaja untuk tidak menjadi orang yang hebat di dalam bidang yang diceburinya atau mungkin dia akan diperlekehkan kerana mempunyai ciri badut itu! Begitu juga dengan orang yang sentiasa berpakaian selekeh, baju berkedut-kedut, misai-janggut tak terurus, berselipar atau bersandel atau kasut capuk pada majlis rasmi, sebenarnya juga sengaja memilih untuk tidak menjadi hebat. Ada yang terlalu kurus sehingga berjalan pelahan dan membongkok. Penampilan smart tidak semestinya mahal harganya.


5. Jika tiada istilah mahukan keHEBATan dalam kamus minda, maka anda hanyalah seorang pengikut, penyokong atau sekadar ikut-ikutan dalam bidang anda. Atau anda mungkin mahukan KEHEBATAN, tetapi tidak menjaga aura dan magnet diri, Atau tidak mahu menonjolkan kehebatan, kononnya mahu menjaga ketawadukan.


6. Ada orang mempunyai aura yang tinggi dalam kerjaya, kediaman dan harta, tetapi apabila bercakap, berucap atau berceramah, auranya rendah. Ada orang hebat berpidato, tetapi selekeh berpakaian, 'selekeh bentuk badan', atau 'selekeh lawak jenakanya', juga akan mengurangkan aura diri.

7. Mahu jadi pemimpin, pendakwah, kita mesti ada aura dan magnet diri tersendiri. JUGA DIMAKSUDKAN KEPADA KAUM WANITA.

8. Jika fizikal anda membataskan nilai aura seperti badan yang rendah- kurus, kerdil-gemuk, atau wajah tidak menarik, sebenarnya anda masih berpeluang menjadi hebat dalam kelompok yang lebih kecil. Dan tutup kelemahan ini dengan gaya pidato berkesan, penulisan yang dibaca orang dan penampilan syaksiah diri serta berkarisma.
 
 
9. Orang yang hebat selalunya popular, NAMUN tidak perlu popular untuk hebat.
 
 
10.Sebaliknya ramai orang yang popular, tetapi tidaklah sehebat mana!!

No comments:

Post a Comment