Sunday 10 April 2011

Sek Umpama Harimau Tidur

( petikan dari buku kami : PsikoSeksual Remaja Wanita dan PsikoSeksual Remaja Lelaki)



Manusia memerlukan air dan makanan pada setiap hari untuk hidup, tetapi sebaliknya tidak kepada keperluan seksual.


Harimau yang  kekenyangan dan  sedang nyenyak tidur, akan tetap menerkap apabila dikejutkan, inikan pula harimau yang tidur dalam kelaparan. Naluri seks ini umpama harimau yang sedang tidur itu. Sekiranya naluri seks tidak dikejutkan, ianya akan terus tidur. Kita biasa membaca kisah beberapa ulamak yang tidak berkahwin di sebabkan kesibukannya menuntut dan mengajar ilmu agama. Begitu juga dengan rahib atau sami yang bukan beragama Islam. Naluri seks akan terus tidur sekiranya semua pancaindera tertumpu kepada perkara lain.


Malah ada pasangan muda suami-isteri yang kedua-duanya sibuk dengan urusan kerjaya, kadang-kadang ‘terlupa’ atau amat jarang untuk mengadakan hubungan kelamin.


Naluri seks ini memerlukan rangsangan atau sesuatu yang mengejutkannya. Siapakah yang mengejutkan naluri seks ini? Ianya boleh dikejutkan melalui angan-angan, imaginasi, mata, bau, tulisan, pendengaran, percakapan dan sentuhan.


Jika salah satu dari perkara di atas mengejutkan naluri seksual, maka seperti harimau tadi yang akan menerkam! Dan ramai remaja lelaki seperti harimau lapar yang dikejutkan dari tidur. Kami akan terangkan maksud kenyataan ini pada bahagian lain di dalam buku ini.


Di sekeliling kita para pengejut naluri seks ini TERLALU BANYAK terutamanya melalui mata,percakapan,tulisan dan sentuhan serta angan-angan. Maka naluri seks ini sentiasa terganggu tidurnya.


Dan apabila naluri seks semakin kerap terjaga, seperti harimau tadi yang hendak menerkam sahaja, di mana orang ini akan hari-hari mau ( setiap hari mahu). Dan selayaknya menjadi seperti arnab serta lebih parah di gelar sex maniac

No comments:

Post a Comment