Sunday 10 April 2011

Generasi ' pampered' yang pernah guna 'pampers'


Generasi muda pada masa kini yang berusia bawah 25 tahun ( iaitu lahir selepas 1985), di mana ketika itu kehidupan rakyat  Malaysia sudah pun serba moden. Bayi pada masa itu sudah memakai ‘pampers’ dan mereka biasa minum tepung susu dalam tin. Berbanding ketika mana ibubapa mereka masih bayi  belum ada lagi kain lampin putih , apalagi kewujudan ‘pampers’ ( ibubapa mereka lahir sebelum 1965).

Di Negara Jepun, generasi yang berusia 50an sekarang ini merupakan generasi yang sudah sangat moden sejak zaman bayi lagi. Dikatakan menjelang tahun 2035, semua warga emas bangsa Jepun adalah generasi yang sangat moden, dan berada pada tahap teknologi yang sangat tinggi.




Hidup selesa, segera, pantas, cepat, mudah, adalah kesan dari permodenen. Jika pada penghujung 1980an, hp sebesar lengan, tetapi kini cuma sebesar 3 jari sahaja dan senipis 1 cm sahaja.

Wang memainkan peranan untuk menggunakan barang berteknologi ini yang memudahkan kehidupan. Anak-anak mendapat kemudahan dari ibubapa atau pihak lain seperti kemudahan ditempat belajar serta bantuan kewangan.

1. Apakah sama ketahanan mental orang yang sentiasa mudah mendapat sesuatu tanpa usaha berbanding dengan orang terpaksa berusaha untuk mendapatkannya?

2. Apakah sama ketahanan mental orang yang biasa susah dalam pekerjaannya? Dengan kata lain, perbandingan ketahanan mental ibubapa ketika mereka remaja dengan anak-anak mereka?

Mutakhir ini banyak pihak mempertikaikan kualiti pada graduan termasuk para doktor pelatih, para jurutera dan bukan professional yang lain. Lapuran akhbar dan akhbar pada 3 minggu lepas, dikatakan 3 ribu ‘housemenship’ di Malaysia pada masa ini, tidak mencapai tahap kualiti, dan juga dikatakan para rekrut tentera sekarang ini yang rendah ketahanan mental mereka. Pernah seorang RSM memberitahu saya, beliau biasa mengingatkan kepada prebet baru agar buang air kecil dulu sebelum berkawat untuk mengelak dari 'terkencing' apabila diherdik dan 'didera'. Ramai sudah maklum bahawa semakin ramai eksekutif muda yang muflis kerana kad kredit, mereka mahu mengekalkan kesenangan hidup dan sentiasa mahu senang, sedangkan tidak kemampuan.

Sebenarnya bukan soal KUALITI KERJA pada generasi pampered ini, TETAPI LEBIH KEPADA KURANG UPAYA MENYERAP TEKANAN DAN BEBAN KERJA.

Mendidik anak dalam serba moden dan mudah adalah sesuatu yang tidak boleh dielak. Ini zaman mereka yang serba-serbinya canggih, malah ramai ibubapa MAHUKAN ANAK-ANAK MEREKA TIDAK HIDUP SUSAH sepertimana mereka dahulu!

Anda para remaja yang semakin matang, ambil iktibarlah dari generasi anda yang kurang mantap kecekalan hati untuk menghadapi pancaroba hidup ini. Di antara kaedah untuk menambah ketabahan dan kecekalan diri ialah:-

1. Pengalaman bergaul dengan orang yang lebih dewasa akan cepat mematangkan anda. Walaupun ilmu atau akademik orang dewasa ini tidak sehebat pencapaian akademik anda, namun mereka belajar dari Universiti Pengalaman, di mana ada perkongsian pengalaman mereka menjadi panduan anda.

2. Mendahulukan perkara penting

3. Berbelanja mengikut kemampuan dan bersabar dengan keinginan

4. Kerap memasuki kursus motivasi yang melibatkan ketahanan fizikal atau menjadi ahli kelab pakaian seragam di sekolah atau di IPT.
5. Menyusahkan diri dalam ibadah seperti sentiasa berjemaah subuh, berjemaah pada waktu lain, menghafal potongan ayat al Quran, puasa sunat mingguan dan susahkan diri untuk fokus dalam solat, doa dan ziikir

No comments:

Post a Comment