Tuesday, 10 May 2011

Palestin Berpakat, Melayu Masih Tersekat

Bukan kali pertama dua kumpulan besar di Palestin iaitu kumpulan Nasionalis  dan kumpulan Islam berdamai dan berjaya bersatu seperti baru-baru ini, namu  kemudian mereka  kembali berpecah. Perpecahan mereka melibatkan pertumpahan darah dan  kehilangan nyawa.  Kita berdoa emoga  penyatuan kali ini  berpanjangan dan utuh  ketika mana kejatuhan pemerintahan diktator dan sekutu Israel, Husni Mubarak serta sempadan Rafah mahu dibuka seluas-luasnya untuk rakyat Palestin.
Melayu berpakat dan bermuafakat sudah lama diwar-warkan, namun dengan semangat Melayu yang melampau, maka sukar untuk bermuafakat dengan Melayu yang cuba mengamalkan cara hidup Islam.
UMNO masa kini didokongi oleh mereka mahu membela orang Melayu ,dan juga didokong oleh mereka yang melihat UMNO sebagai potensi besar untuk  habuan dunia atau Melayu yang memiliki kedua-dua sifat diatas. Manakala Melayu  dalam UMNO  yang cuba mewatakkan Islam secara syumul,  akan berdepan jalan sukar.  Bukan umpama ‘kacang melupakan kulit’, diakui bahawa UMNO sudah  banyak jasa melahirkan  Melayu yang  tinggi pendidikan  berbanding kelayakan dari bangsa bukan Melayu. Kita menghargai jasa mereka, namun  kepincangan UMNO boleh dilihat oleh Melayu yang semakin bijak ini. Maka silap besar jika UMNO mengatakan , budi mereka dibalas dengan tuba oleh Melayu yang menegur atau tidak menyokong  perjuangan mereka.
Orang UMNO sukar untuk menyangkal   akan dakwaan salah guna kuasa dan JAUHNYA cara hidup Islam dikalangan ahli-ahlinya.  Malah ada sindiran yang mengatakan,” Jika ada orang UMNO ( terutama usia bawah 50 tahun) yang  istiqamah berjemaah di Masjid dan surau, orang ini lain dari yang lain atau orang ini salah pilih parti ”.  Sudah lebih 50 tahun UMNO memegang kuasa dalam BN di Malaysia dan mendakwa turut memperjuangkan Islam, tetapi tiada qudwah amal Islam di kalangan pimpinan dan ahli-ahlinya.
Begitu juga Melayu yang ada didalam PAS yang mana segelintir mempunyai fahaman Islam yang cetek atau melampau sehingga menolak  dakwah selain dari PAS.  Kepada ahli PAS yang cetek fahaman Islam dan  masih tegar merokok, agaknya boleh disindir begini,” Anta menolak UMNO, tetapi merokok seperti  orang UMNO yang majoritinya merokok”.
PAS selepas 1998 membuka lembaran baru dengan kebanjiran  ahli dan penyokong dari orang bukan aliran agama, malah  semakin  terbuka serta dapat mengurangkan jurang dengan bangsa India dan Cina. PAS  sekarang ini  memilih Melayu dalam PKR sebagai rakan gabungan walaupun banyak kali ‘terluka’ dengan karenah pimpinan mereka. PAS pula banyak jasa dalam menyedarkan UMNO walaupun teruk diserangnya. Suara PAS semakin didengar dan ditakuti. Misi untuk UMNO dan PAS berpakat adalah lagu lama, dan misi yang banyak tembuk-tembuk besar.
Manakala Melayu yang ada didalam PKR adalah Melayu dari  reformis 1998, cebisan ahli UMNO dan ada yang tebal semangat keMelayuan, serta  Melayu yang  bercampur aduk fahaman Islamnya. Amat sedikit  dan tersepit  Melayu dalam PKR yang  syumul amalan Islamnya. Tidak kurang juga Melayu yang tinggi fahaman Islam, tetapi semakin tenggelam dalam arus ‘kerojakan’ partinya.
Melayu yang lebih dikasihi ialah yang duduk didalam NGO  Islam yang agak besar seperti ABIM, IKRAM, ISMA  dan  HALUAN, juga belum mampu berpakat sesama mereka demi Islam. Ada NGO  Islam ini yang aktif menyeru agar Melayu supaya berpakat agar Islam berdaulat, tetapi  slogan itu sekadar pada tulisan dan syarahan semata-mata, tanpa disusuli dengan tindakan yang berobjektif , tersusun dan praktikal.
Sepatutnya di kalangan NGO Melayu Islam , Melayu yang ada NGO yang lain adalah orang Melayu YANG PALING UTAMA untuk disepakati sebelum Melayu lain yang ada di luar. Tetapi  sesama mereka tidak boleh merendah diri atau beralah untuk berpakat. Mungkin begini perbualan,” Anta menyeru supaya Melayu mesti berpakat, tetapi siapa Melayu yang utama mahu kita pakatkan? Melayu dalam UMNO atau PAS atau PKR? Bukankah yang utama ialah Melayu yang duduk dalam NGO Islam yang lain? Bukankah Melayu dalam ABIM, IKRAM dan lain-lain NGO?   Jika tidak, anta cuma berangan-angan “.

 Walaupun ‘adik-beradik’ ini semakin kurang ‘bertengkar’, tetapi  hampir tiada usaha untuk berpakat dalam banyak perkara. Sebenarnya banyak ruang dan peluang untuk berpakat dalam dakwah iaitu menyeru dan mencegah. Mungkin kaedah menyeru itu berbeza-beza, TETAPI untuk MENCEGAH, ianya memerlukan  kekuatan kesepakatan NGO-NGO Melayu muslim ini.  Sejak dahulu, tidak dinafikan ada pergabungan dan kesepakatan diantara NGO ini, tetapi masih pada tahap minima dan TIDAK GAH lagi. Selagi  punya ego  lebih baik dari  organisasi lain, dan tidak mahu mengalah, maka Melayu yang mahu mengamalkan Islam  di bumi Malaysia ini akan duduk  ditakuk lama.
Diluar sana banyak lagi gerakan, persatuan Melayu, tetapi orang Melayu  yang tidak berpolitik, lebih terbuka terhadap  NGO Melayu Islam yang berpihak pada mana-mana parti. Namun NGO ini sekadar ada belang harimau, tetapi tidak bertaring.
Ramai yang merasa cemas dengan perpecahan Melayu terutama kerana politik, tetapi apakah perlu berpecah kerana Islam seperti orang politik itu?  Jika UMNO masih memujuk PAS yang pernah sebantal dengan BN  untuk bersatu seperti dahulu, mengapa tidak ‘adik-abang’ NGO Islam ini  mengajak kembali atau  menawarkan diri untuk  bersatu kembali atau paling tidak boleh berpakat dalam amal dakwah! Bukan soal  ada  ‘tongkat sakti ‘dakwah, atau  berdakwah tanpa’ tongkat sakti’ dan punya tongkat sendiri,   tetapi demi  pembentukan  flatform dakwah pada  15-20 tahun akan datang selepas   pimpinan NGO sekarang diganti oleh generasi baru. Tongkat itu bukan di Malaysia sahaja tetapi ada dibanyak bumi ini!  Jangan terpedaya dengan  ungkapan yang sengaja dicipta bahawa tongkat ini lebih tarbawi kerana tanpa jaringan global, maka tertegakkah daulah Islam alami? Namun  sii pemegang tongkat sakti mesti baiki diri  dengan amanah yang di beri dan masih banyak ruang perbincangan serta SEMUANYA MESTI RENDAHKAN HATI.

Monday, 25 April 2011

eXpresi SeKsual RemaJa lelaKi dan WaniTa


stress bertempat

Stres dari sudut positif dikaitkan dengan cabaran, rangsangan, motivasi, lonjakan malah ada insan yang sukakan stres untuk berkerja lebih berkualiti. Manakala dari sudut negatif, stres boleh membawa kemurungan sehingga hilang kewarasan akal.

Kerja rutin yang mencabar mungkin tidak lagi menjadi bebanan kerana sudah terbiasa tetapi kerja mudah yang baru tetapi tidak biasa dilakukan pula boleh mendatangkan stres.

Stres boleh datang dari majikan, rakan taulan, isteri-suami, sanak saudara, anak-anak, jiran dan sebagainya. Stres kerana kurang wang, kurang harta, kurang kuasa, anak yang kurang cerdik, kurang cemerlang keputusan peperiksaan, kurang displin dan lain-lain kekurangan.

Mazhab Sihat-Cergas

Saya sering ditanya, apakah bidang kerja doktor-doktor yang terlibat pengurusan sukan atau pengurusan kecergasan, ada yang memahami doktor yang terlibat dalam kecederaan sukan. Sebelum itu saya ingin jelaskan, jika dahulu pengajian bidang SAINS SUKAN ini hanya popular di instituisi pengajian luar negara, khasnya di USA dan UK, tetapi kini sudah ada di pusat pengajian tempatan dari peringkat sijil sehinggalah kepringkat PhD, malah di Kementerian Belia Dan Sukan sendiri mempunyai unit dan Ketua Pengarahnya sendiri iaitu di Institut Sukan Negara. Manakala doktor yang terlibat dalam kecederaan akibat bersukan, sebenarnya ialah doktor pakar Ortopedik ( pakar tulang) yang mengambil pengkhususan dalam kecederaan sukan.


Jawapan ringkas untuk soalan tadi ialah, doktor-doktor yang terlibat didalam sains pengurusan sukan ialah berperanan untuk lebih menyihatkan dan mencergaskan orang yang sedia sihat.. Termasuk mencergaskan ahli-ahli sukan amatur dan profesional supaya mencapai tahap kecergasan yang maksima.

Sunday, 10 April 2011

Sek Umpama Harimau Tidur

( petikan dari buku kami : PsikoSeksual Remaja Wanita dan PsikoSeksual Remaja Lelaki)



Manusia memerlukan air dan makanan pada setiap hari untuk hidup, tetapi sebaliknya tidak kepada keperluan seksual.


Harimau yang  kekenyangan dan  sedang nyenyak tidur, akan tetap menerkap apabila dikejutkan, inikan pula harimau yang tidur dalam kelaparan. Naluri seks ini umpama harimau yang sedang tidur itu. Sekiranya naluri seks tidak dikejutkan, ianya akan terus tidur. Kita biasa membaca kisah beberapa ulamak yang tidak berkahwin di sebabkan kesibukannya menuntut dan mengajar ilmu agama. Begitu juga dengan rahib atau sami yang bukan beragama Islam. Naluri seks akan terus tidur sekiranya semua pancaindera tertumpu kepada perkara lain.


Malah ada pasangan muda suami-isteri yang kedua-duanya sibuk dengan urusan kerjaya, kadang-kadang ‘terlupa’ atau amat jarang untuk mengadakan hubungan kelamin.

Keturunan sebagai penentu siapa anda?


Pelajari kisah manusia yang sudah berjaya merubah manusia lain  sejak atau sebelum zaman Nabi SAW sehinggalah kehari ini, iaitu mengkaji siapakah  ibubap dan datuk moyang mereka? Kita ambil nama-nama besar yang terdekat dengan kita seperti, seperti Dr Yusof AlQardawi, Ahmad Yassin, mujtahid tersohor Imam Hassan AlBanna, Syed Qutub, Al Maududi dan ramai lagi dimana mereka ini lahir dari keluarga ahli agama. Begitu juga salisah yang baik di kalangan ulamak tersohor di Nusantara seperti Tok Kenali dan Pak Hamka. Bacalah sejarah orang-orang mukmin yang hebat, anda akan dapati akan kehebatan salasilah keturunan mereka.

Siapa anda ialah siapakah bapa anda, kemudian siapa pula ibu anda yang telah  dipilih oleh bapa anda itu sebagai isterinya ?

" Aku dulu makan garam"!

KAMI LEBIH DULU MAKAN GARAM ?
oleh:Dr NorIzam Alias


“ Ummi bilik ni tak de air-cond lah!”, keluh anak perempuan saya.

Tanpa usul periksa saya terus menjawab, “ Ish kak lang mana ada hotel yang tak ada air-cond”.
Saya terus menelefon kaunter hotel untuk bertanya dimana suis air cond. “ Maaf puan semua bilik di hotel ini tidak dilengkapi dengan pendingin udara. Di tanah tinggi Cameron Highland ini suhunya cukup sejuk. Mungkin ini pertama kali puan menjejakkan kaki ke sini, diharap puan selesa”.


Terasa malu dan gagang talipon terus diletakkan. Dengan nada perlahan saya terus berkata sambil tersenyum, “Betullah kaklang bilik ini tak ada air-cond’ .